Saturday, 31 August 2013

Soulmate ???

Di bawah pondok usang.
Petang yang mendung, suram.
Sama mendungnya dengan wajah Arif.
Raut wajah itu dapat Din duga, cuma menunggu mulut temannya itu yang mulakan bicara.

Mengadu.

Arif Hafiz bin Faudzi dan Izuddin Firdaus bin Hasan. Teman seperjuangan dari tadika, sehinggalah kini mereka bergelar mahasiswa. Cukup kenal, cukup masak dengan perangai masing-masing.

"Din" Arif bersuara perlahan.

Din menoleh tepat ke wajah Arif.

"Aku ada masalah la, masalah dengan mak ayah aku".

"Ceritalah".

"kau betul ke ni?"

Din mengangguk. Senyum.

Sepi.

"Dah banyak masalah aku cerita kat kau Din. Haih, terasa menyusahkan"

"Ah kau. Ini akulah, Din. tak kenal?"

Arif senyum. Betulkan kedudukan.

"Kau ni kan, memang betul-betul soulmate aku lah"

"Hahah"

"Eh jap, soulmate? apa tu?"

"Alah kau ni, orang yang selalu nak dengar semua masalah aku, tolong aku, bagi pendapat, bagi idea".

Din mendongak. Petang semakin berakhir.

"Oh, kalau gitu, tak naklah aku jadi soulmate kau." respon Din selamba.

"buang masa aku." tambahnya. Bernada serius.

Arif terdiam.

Tak tersangka barangkali. Kata-kata yang keluar dari kenalan 16 tahun lamanya.

"Hehe, takdelah aku gurau je weh."

"Dah agak" Arif bermuka separa bajet.

"Tapi betul la, aku serius ni"

Muka bajet terus hilang.

"Kau nak tau sebab apa?"

Arif mengangkat kening.

"Sebab aku nak jadi kau punya Sahabat lah." Senyum.

"Oh, ada beza ke?"

"Sahabat ni, dia bukan setakat dengar masalah dan tolong kau. Sahabat ni, orang yang selalu bersama time kau senang atau susah. Dan yang paling penting, sahabat ni, orang yang sentiasa mengajak kita kembali pada Allah bila kita futur. Haa, faham?" Panjang Din menghurai.

Senyum terukir di wajah Arif.

"Oh, ok sahabat!"

"So, macamana dengan cerita kau tadi?" hampir terlupa.

"Haha" Arif juga terlupa.

"Camnilah Arif, hari pun dah nak maghrib, baik kita balik rumah bersiap ke masjid dulu. Nanti lepas solat, lepas baca Quran kita buat sharing moment".

Arif mengangguk setuju.

''Selalu ke masjid, boleh jadi kita tergolong dalam salah satu 7 golongan yang Allah naungi kat padang mahsyar nanti." tambah Din lagi. Sambil senyum yang tidak pernah lekang.

"Hati pemuda yang tertambat pada masjid. Ameen" Arif menambah.

"Kau memang betul-betul sahabat lah"

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah umpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)




"Abaaang ooo abaang, Ummi panggil" Suara si Arif Muta'al dari atas rumah menghentikan lamunannya. Lamunan di teratak pondok usang berhadapan rumahnya.

Bingkas Arif bangun, bergegas ke rumah.

"Aku sangat rindu kau Sahabat!"

Ukhuwwah Islamiyyah fillah :)















Friday, 30 August 2013

yeahh merdeka!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
hidup Malaysia.

laungan keramat tatkala munculnya 31 ogos di tanah malaya. Laungan bernada patriotik. Sarat dengan semangat kebangsaan.

Ada kisah disebalik sejarah.
Cerita tanah malaya yang dijajah.
Kemudian rakyat bersatu bangkit menerjah.
Bangkit menentang mereka si penjajah.
Akhirnya tanah malaya kembali diserah.
Lantas pemimpin terpilih mengemudi arah.
Jalur gemilang kukuh berdiri megah.
Malaysia kembali meraih maruah.

Merdeka.

tapi,
Apa erti merdeka?
Adakah cukup sekadar laungan merdeka dilontar?
Penuh patriotism sambil jalur gemilang dikibar?
Sehingga semangat kenegaraan berkobar-kobar?
Sambil mengenang pejuang yang tidak pernah gentar?
Juga bumi malaysia tidak gegar tiada halilintar?
Negara aman damai rakyar bertebar tanpa debar?
Ukiran senyum lebar seronok saling tersebar?
Puisi sajak syair patriotik memenuhi dada akhbar?
Berkonsepkan merdeka tajuk risalah diedar?
Atau hanya sekadar hari cuti dinanti pelajar?

jalur gemilang

Sungguh,
Aku bangga dengan pencapaian Malaysia, juga aku bangga bergelar rakyatnya.

Namun,

Pada kaca mata aku.
Sehingga kini...
Kita telah berjaya mengusir penjajah, tetapi ideologinya masih bersisa.
Kita merdeka dari jajahan zahirnya, tidak pada batinnya.
Kita rakyat bebas jasadnya, tidak pada hati dan jiwanya.

Masakan tidak,
Jika diluar sana menonjolkan cinta itu dizahirkan dengan couple, jiwang, berpegang tangan dan seumpamanya.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfesyen aneh, dedah itu dan ini.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfenomena nyanyian tarian seperti jabbawockeez, breakdance, shuffle, kpop dan pelbagai lagi.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana bangga dengan artis, puja artis dan galak mencari selebriti.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana sakan dengan hiburan yang lagho malah lalai.
Kita didlam ikut.
Jika diluar penuh dengan agenda 1001 Jahiliyah.
Kita didalam ikut.
Kita tidak jemu mengikut, tidak juga letih mengikut.
kita itu tidak semua, tapi majoriti.

pendeta Za'aba. Erti merdeka adalah,
"Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran,
daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia,
daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka,
daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan,
dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Rabi' bin Amir kepada Rustam panglima Rom. Merdeka adalah,
"Allah mengutuskan kami (orang islam), untuk kami merdekakan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Ayuh menjadi hamba Allah yang berjiwa merdeka.
Macam senang, tapi sukar. Tidak mustahil :)

Semoga terus kita merdeka,
Merdeka jasad minda juga jiwa,
Bersama diatas landasan lurus,
Merdeka dalam jannatul Firdaus.

*sesiapa yang belum berpuasa 6 syawal tu, ayuh cepat. nanti rugi



Thursday, 29 August 2013

kecewa yang tak tergambar

Burung-burung beterbangan, berkicau. Pulang ke pangkalan barang kali.
Langit yang kian melabuh tirai. Sang mentari keletihan ingin mengundur diri. Kelihatan angkasa terbit kemerah-merahan senja.
Suasana kecoh. Riuh. enjin bas saling bersahutan. Ada yang mencari tiket, ada juga yang sedang menunggu bas. Ada juga yang terpekik-pekik.

Dalam suasana begitu, aku masih tercegat. Buntu seketika. Bas untuk pulang ke destinasi sudah habis dijual untuk hari ni. Sedangkan aku mesti pulang hari ni. Mesti. Buntu. Dugaan.

Dalam keadaan penuh berharap, tertoleh akan aku kelibat seorang tua. Mundar mandir mencari tiket yang kehabisan. Resah. Melangkah ke pintu bas sambil berharap. Ya. Mengharap simpati untuk menaiki bas, sambil menghulur duit kepada driver empunya bas. 
"Dah tak boleh makcik, bas dah penuh. Dah takde seat da pun. Cuba tengok bas lain", jawab si driver bernada selamba.
Patah seribu.
Terdiam. Kecewa. Hampa. Berbaur aduk emosi.

Aku lihat, reaction wajah yang terbit itu dapat aku scan. Kecewanya juga dapat aku rasa. Kerana, kita senasib.
Begitu kecewa kerana permintaan dan rayuan ditolak. Ditolak tepi oleh manusia.

Sekilas.

Bait bait kata yang keluar dari mulut ustaz penceramah itu kembali terngiang-ngiang. Hanya aku seorang yang dengar. Seolah sedang memakai earphone dan ada yang menekan butang play-nya.

Tercengang.

Akan ada suatu suasana di akhirat, satu golongan yang merayu-rayu.

"Dan sekiranya engkau melihat orang-orang yang berdosa itu, menundukkan kepala mereka di hadapan tuhannya, ( mereka berkata) wahai tuhan kami, kami telah melihat, dan kami mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan kebajikan, sungguh kami orang-orang yang yakin" As-sajadah :12

Ketika itu manusia (yang berdosa) menangis. Merayu sehabisnya. Memohon dikembalikan ke dunia. Dikembalikan walau hanya sedetik. sekejap. Diberi peluang untuk beramal saleh. Beriman. Perasaan yang sangat berharap.

Berharap.

Tapi Allah tetap dengan apa yang dijanjikanNya.

"Maka kalian rasakanlah dengan sebab kalian lupakan perjumpaan dengan hari ini, sesungguhnya kami pun melupakan kalian dan rasakanlah seksa abadi atas apa yang kalian kerjakan" As-sajadah :14

Kecewa. Bukan lagi patah seribu, tapi berkecai segala-galanya.

sungguh aku tidak dapat bayangkan suasana itu, dasyat. Rayuan ditolak untuk penetuan syurga atau neraka. 
Syurga atau neraka!
Kecewa yang tidak bisa digambar.
Na'uzubillahi min zalik, ya Allah.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Rahman.
T.T

Butang stop ditekan. Suara tadi terhenti. Kembali aku dengan suasana riuh kecoh beserta dengusan enjin bas tadi.
Hari semakin malap. Kehabisan caj matahari.

Tercari aku kelibat si tua tadi.
Sudah tidak kelihatan.
Rayuannya sudah diterima, mungkin. 
Dapat menuju ke destinasi dengan hati gembira dan syukur. 
Alhamdulillah :D

Eh...!
tapi aku. Masih tercegat. Membatu. 
Aaaih =.=


kotak cerita bermula

BismillahiRahmaniRahim. Dengan nama yang Esa sebagai wadah pemula bicara.

Ucapan Assalamualaikum, aku doa, agar sejahtera sesama kita.

Aku bukan penulis tegar, juga bukan bersastera, aku cuma En. sluga Boga.

Cuba berkecimpung berbloger, kerana diri terasa dipanggil diterpa.

Kerana kerja dakwah tarbiyah, bervariasi jalannya, tiada kira tempat juga masa.

Ini sekadar medan, untuk aku lontar pandangan, juga nyala pelita idea.

Agar boleh jadi peringatan, buat kalian yang ingin membaca, atau hanya sekadar terbaca.

Jika benar, semoga ia bermanfaat berfaedah keatas aku dan kamu. Kita semua.

Setiap apa jalan usaha kita, moga Allah redha dengan kita. Usaha dan kerja :)


"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" Ad-Dzariyaat :55

*kepada yang terklik blog atau terbaca apa-apa entry dalam blog ini, harapannya semoga bermanfaat :)

-sluga Boga