Friday, 18 October 2013

Sakinah

"Sadaqallahul Azim" Usai membaca surah Al-Kahfi untuk malam jumaat kali ini.

Malam jumaat kali ni menghembus angin yang sejuk, agak lain dari yang biasa. Bilik yang gelap setelah dimatikan lampu, sambil badan menghadap tingkap. Pintu tingkap dibuka seluas-luasnya. Sedang mata memerhati setiap inchi pemandangan. Langit yang sungguh anggun. Bulan mengambang sedang bintang-bintang bertaburan di pemurkaan angkasa. Barangkali ini nikmat ketenangan. Indah.

Setelah sekian lama terasa mati. Hidup seolah tidak punya makna. Walhal keseluruhan keinginanya lengkap, gaya seorang putera raja. Namun masih terasa kosong.

Alhamdulillah.

Kehadiran kau banyak membantu. Sudi menyuluh jalan untuk aku.




"Din" sambil buku Anatomy dibelek-belek kososng.

"Ya?" fokusnya sedikit diganggu.

"Aku rasa macam ada yang tak kena dengan hidup aku sekarang"

"Apa yang jadi?" Din melayan. Kerenah budak ini mana boleh tidak dilayan.

"Aku rasa macam semuanya kurang..tapi, semuanya okey, takde masalah apa apa pun" muka Arif sedikit berkerut.

"Aihh, apa pulak yang jadi dengan kau ni ?" lagi berkerut muka Din.

"Huh, aku tak tau Din, hairan jugak sebenarnya nih."

"Ke kau ada gaduh dengan orang? terbuat salah dengan orang? singgung hati parents kau ke?"

"Eh seingat aku takde pulak"

"Ke kau tak siap assignment? atau ada memang problem pasal study? exam minggu depan."

"Tak jugak"

"Hah, aku tau, mesti pasal duit kan. Nak pinjam duit aku dulu? boleh je."

"Duit baru masuklah Din, aku tak boros okey"

Arif diam cuba untuk berfikir. Sepi. Suasana dalam perpustakaan itu sungguh sunyi. Setiap individu khusyuk dengan alam masing-masing.

"Aku pun tak tau apa perasaan sekarang ni sebenarnya"

"Hmm, mungkin..."

"Sakinah" sepatah Din bertutur. Senyum. Buku Thermodynamics, Cengel Boles ditutup.

"Sakinah? err, siapa pulak tu Din?" Hairan. Tak pernah pulak Din macam ni.
"Perempuan mana pulak ni?" hati Arif kini yang berkata-kata. Kata hati.

"Oit, ape pasal muka macam tu? ni pikir yang bukan-bukan la ni"

"Eh, hehe. Mana ada pikir bukan-bukan"

"Sakinah tu ketenangan" Mudah Din menterjemah.

"Oh"

"Yup, ketenangan ni kan datang dari hati." Din mula berfalsafah.

"Dan, aku rasa, mungkin skarang ni hati kau tak tenang. mungkin kososng."

"Maksud kau Din?"

"Hmm.. kan ada dalam Quran surah Ar-Ra'd"

"... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

"So, aku rasa mungkin sekarang, akhir-akhir ni hati kau kurang mengingati Allah, orang kata makanan rohani tak cukup. Hati lapar"

"Mungkin. Aku ni asyik sibuk dengan hal dunia, dengan musim exam nya lagi. Tak sedar yang aku semakin menjauh dariNya." Pandangan kosong di atas helaian-helaian note subjek Anatomy nya tadi.


"Ampuni dosa-dosa ku ya Allah. Jauhkan aku dari perasaan lemah ini ya Allah. Jauhkan aku dari pekara-pekara yang tak baik. Tenangkan hati ku ni ya Allah" serta merta doa dari hati terungkai. Hati yang setelah diketuk.



"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Ar- Ra'd : 28)












Wednesday, 18 September 2013

Strangers

Handphone dicapai, search nama Izuddin. Butang call terus ditekan.

"Din, kau nak dengar satu cerita tak?"

"Oit, kalau ye pun bagi salam la dulu, Assalamualaikum. Haa cerita apa pulak ni?"

"Eh, hehe. waalaikumusalam. Jap, sebelum aku cerita. Kau ingat tak masa kita sekolah dulu dalam kelas sebelum cikgu masuk, kita sempat baca quran dan kongsi ayat-ayat sebagai tazkirah. Ingat?

"Aaa, yes mestila ingat."

"Haa pastu ni tadi, masa sebelum lecturer masuk kelas, aku saja baca quran then aku share la sikit tafsir ayat yang aku tau kat member sebelah aku ni tadi."

"Oh ok la tu, lepastu? lepastu?"

"Haaiya nanti la aku tak sempat sambung lagi kau da potong. Hmm, member aku tu ok je, dia pun berminat dengan apa yang aku share tadi, tapi..

tapi orang lain tengok macam pelik, macam tak pernah dibuat orang je apa yang aku buat. Ada yang buat muka, bisik-bisik macam aku ni konon alim, poyo la apa."

"Haa, alaa kau buat tak tau je apa yang apa orang nak kata, pedulikan. Orang lain mana boleh tahu niat apa dalam hati, kan?"

"Yup, aku pun sebenarnya tak pedulikan mereka tadi nak cakap apa. Aku teruskan je apa yang aku nak buat. Baca quran kot, seronok"

"Tapi aku terasa macam aku ni lain dari lain pulak, walaupun benda yang aku buat tu sebenarnya bagus. Kau takde rasa macam tu?"

"Sebab kau strangers."

"Strangers? kenapa pulak? Kau ni kalau cakap mesti suka buat aku tenganga tiba-tiba. Huh"

"Eh ok la Arif, aku ada kelas ni, lecturer dah masuk. Nanti kita sambung lagi, ok? assalamualaikum."

"Ohh, ok ok. waalaikumusalam"

Butang untuk matikan panggilan terus ditekan. Masih lagi terpinga-pinga dengan maksud strangers yang Din cakap tadi.
Termenung berseorangan di tepi jalan, sambil melihat manusia-manusia yang semakin sibuk dengan urusan sendiri, tanpa menghiraukan manusia lain disekeliling. Sibuk.






Malam sudah menunjukkan jam 11.30, badan hari ini sangat penat. Mata sudah tidak mampu bertahan lagi. Siang tadi, jadual kelas agak padat. Otak terasa tepu.

Letih. Atomatik terlentang sekujur jasad di atas katil, seolah lumpuh. Pejam. Semua menjadi gelap.

"Tokk Tokk Tokk", bunyi notification pesanan ringkas, mengetuk telinga Arif yang baru sahaja terlelap beberapa saat.

"Mesej dari Din?" Mata cuba dibuka seluas yang mampu.

"Assalamualaikum sahabatku Arif :) macamana dah dapat jumpa ke makna disebalik strangers yang aku cakap tadi? ok, aku tau yang kau tak tau lagi. Aku cuma nak kongsi dengan kau satu hadis.

“Islam itu bermula dengan asing, dan akan kembali dengan asing, maka beruntunglah mereka yang ghuraba`(yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih)."

hehe, aku rasa kau dah boleh faham apa yang aku nak cakapkan siang tadi kot. Pastu aku ada share satu video syair mengenai ghuraba' tu kat facebook. Tengok jangan tak tengok."

Segera bingkas menuju ke laptop. Laptop yang baru tadinya berhibernasi (hibernate) terus diganggu. Facebook dibuka, scroll. . .



"Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negara mereka dan mengucapkan selamat tinggal, 

Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main

Dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,

Dan tetap mengikut jalan lurus ketika manusia dalam kesesatan tanpa arah,

Dan betapa benarnya sebuah syair yang berkata...

Berkata kepadaku seorang sahabat, "aku melihatmua sebagai orang asing"

"Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman"

Maka aku berkata "sekali-kali tidak! bahkan orang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku"

Inilah orang asing itu...

Asing disisi mereka yang hidup sia-sia diantara manusia, tapi disisi Rabbnya, mereka berada di tempat mulia.

http://www.youtube.com/watch?v=WFJk1dFbYyg
* Klik link untuk tonton video =)

Baik, kini aku faham. Senyum. Mungkin pada pandangan orang lain sahaja kelihatan pelik, tetapi hakikatnya tidak. Semoga Allah redha denganku dan beri kekuatan. Amiin.





Tidur. Semoga esok lebih baik dari semalam.









Thursday, 12 September 2013

Usaha

Murung.

Entah kenapa tiba-tiba rasa sangat down. Seolah dah tersungkur jatuh dan tidak ingin kembali berdiri. Bunyinya berbaur putus asa.

"Aku failed. Haaih." Keluhan dalam hati.

Minggu Salam Mesra, MSM. Program berkenalan dengan student baru yang baru sahaja selesai. Padat dengan tentatif. Program dirancang rapi. Meeting pun hampir setiap hari untuk menjayakannya. Masing-masing fesilitator sungguh bertenaga dan bersemangat.
Tetapi sedikit hambar, respon dari student tidak seperti yang ditargetkan. Lebih-lebih lagi apabila program yang melibatkan keagamaan, mengenai islam.

"Aku selaku ketua operasi yang tidak berpotensi agaknya."
"Kerja-kerja dakwah tarbiyah aku sangat lemah. mungkin jugak."

Petang yang sunyi. Para fesilitator kehabisan tenaga setelah dipinjamkan usaha keringat selama seminggu. Rehat, itu sahaja yang berada di depan mata, dalam benak buat masa sekarang. Pelajar-pelajar baru agak sedikit kecoh, excited menghadapi hidup bergelar mahasiswa mulai esok barangkali. Masing-masing dengan hal sendiri, mengemas bilik dan barang-barang, bersukan, shopping, rehat.

Aku.

Masih terfikir-fikir dengan hasil selama tujuh hari yang kurang buahnya.
Mengelamun. Terasa ingin sahaja berjumpa Din, sahabat yang banyak berkongsi pandangan.
Rindu kau.






"Din"

"Yup Arif, kenapa?"

"Kita punya perancangan nak ajak geng mat rempit kelas kita tu ke surau macam takde harapan nak berjaya je Din." Arif berseloroh meluahkan apa yang terbenak dalam kepalanya.

"Hehe, kenapa pulak Arif kau cakap macam ni?" Sedikit hairan dengan luahan Arif, namun dicuba untuk ketawa agar mampu menenangkan sedikit sahabatnya ini.

"Yela macam-macam kita dah buat, aktiviti jamuan raya di masjid, iftar puasa sunat setiap hari isnin percuma, ceramah agama yang santai, hulurkan bantuan bagi yang perlu, aktiviti-aktiviti trend remaja sekarang. Semua kita dah buat."

"Ala kita cuma tolong je Arif, pihak AJK masjid juga yang berperanan, kenapa kau yang susah hati sangat?"

"Takdela Din. Cuba kau tengok, dah nak genap setahun kita buat, kita duk sibuk tolong in tolong itu, bagi ini bagi itu. Tapi last-last hasilnya kau tengoklah sendiri. Dua orang je yang mampu dari ramai-ramai tu."
"Aku rasa macam banyak lagi masa kita boleh habiskan untuk yang lagi berpotensi."

Din diam. Menunggu temannya itu meluahkan segalanya. Arif kelihatan agak serius kali ini.

"Aku terasa macam lemah semangat la Din."

"Arif, aku tak kata yang bila kita tumpu pada sesuatu, yang lain terus kita jadikan picisan."

"dan..."

"Kau ingat tak kisah Rasulullah yang cuba berdakwah kepada bapa saudara dia, Abu Talib. Namun akhirnya Abu Talib meninggal dalam keadaan tidak mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Ingat?"

Arif mengangguk teringat kembali.

"Dan firman Allah;
Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi. Tetapi Allah jua lah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang layak mendapat hidayah petunjuk itu."
 

"Ini hmm.. haa, surah Al-Qasas ayat 56."

"Lagi satu kan Arif, kita ni merancang dan kita cuba buat sebaik yang mungkin. Bukannya kita tak merancang, bukannya kita tak buat. Lagipun natijah tu kan semuanya dari Allah. Kita tak tau."

"Dan, kita kena ingat Arif yang perancangan dan apa yang kita buat tu adalah usaha. Allah tu nilai usaha, amal-amal yang kita buat. Bukan hasil. Hasil itu anugerah dari Dia. Nikmat."

Arif mendiamkan diri, tunduk. Mata memandang kosong tanah yang berselerak dengan dedaunan. Otak ligat menafsir.

"Din ..."

Din menoleh kearah Arif sambil senyum. Senyum yang tak pernah pudar.

"Maafkan aku dengan soalan yang tak patut tadi. Terima kasih ingatkan aku."

Senyum.

"Kita kena kuat Arif, jangan cepat sangah rebah. Kita kan lelaki. Superhero mana boleh kalah!"

Hahahah. Ketawa.






Lamunan terhenti. Cukup memori dia dan Din sewaktu tingkatan 4 dahulu sangat kena dengan situasi yang ditempuhinya sekarang.


"Ok, aku tak boleh rebah sekarang. Bangun la wahai jiwa Arif. Baru seminggu, dulu dua tahun dekat kampung sana okey je."

Dalam kepala masih berbaki memori lima tahun lepas.
 
"Tak sangka berhasil, mereka yang dulunya aku nilai dengan tidak berpotensi, tapi sekarang masing-masing memegang mas'uliyah dakwah tarbiyah bersungguh-sungguh. Alhamdulillah."

"Supehero mana boleh kalah!" kata-kata Din terkeluar dari mulutnya.

Terbayang wajah dengan penuh senyuman itu.



"Lagi satu kan Arif, kita ni merancang dan kita cuba buat sebaik yang mungkin. Bukannya kita tak merancang, bukannya kita tak buat. Lagipun natijah tu kan semuanya dari Allah. Kita tak tau."


"Dan, kita kena ingat Arif yang perancangan dan apa yang kita buat tu adalah usaha. Allah tu nilai usaha, amal-amal yang kita buat. Bukan hasil. Hasil itu anugerah dari Dia. Nikmat."



Wednesday, 11 September 2013

Sibuk

"Akmal, jom malam ni halaqah isya' jemaah sama-sama"

"Oh malam ni aku tak dapat la Arif, aku ada discussion project dengan member group aku"

"Oh, ok, kita jumpa hari lain"



 "Akmal, malam ni kita makan sama-sama dengan ahli halaqah jom, hari ni birthday Imran. Boleh raikan sekali"

"Malam ni aku tak dapat join la. Aku dah janji dengan kawan nak keluar pukul 10 malam ni. Maaf Arif, kirim salam kat semua ye"

"Ok, hati-hati"



 "Akmal hujung minggu ni free tak, aku ingat nak ajak kau pergi daurah dekat Bangi. Kau free tak?"

"Oh, jap eh nak cek tarikh."
"Hmm, aku tak dapat pergilah hujung minggu ni, ada kelas ganti, Ahad esoknya aku ada event dengan kawan-kawan coursemate."

"Oh yeke, ok takpelah kalau macam tu"



 "Akmal petang ni nak tak kita main badminton sama-sama, geng halaqah lain semua ikut main. Jom"

"Aku bukan taknak main sekali Arif, cuma petang ni aku letih sikit. Kelas habis pukul 5"

"Ok Akmal"



 "Malam rabu ni ada kuliah sirah di masjid Al-Jannah. Jom"

"Eh, malam rabu ni aku ada test."

"Ok, semoga dipermudahkan. All the best"


"Aku tak dapat, ada test esok pagi."

"Petang ada hal sikit, tak sempat masa."

"Selasa ni aku pergi KL dengan roomate aku"

"Malam ni aku nak siapkan assignment, esok last due date. Maaf."

"Oh, tak dapat ikut pagi esok."



Keletihan terasa bila kelas tepat jam 12.00 tengahari. Sebelum terlantar diatas katil dek ngantuk, singgah sebentar bermuka buku. Sedang asyik leka scroll, mesej baru masuk. "Eh Arif"


"Assalamualaikum, Akmal."

"Ya?"

"Kau seorang da'ie?"

Akmal terdiam. Sentak. Soalan 3 patah perkataan yang mengandung banyak maksud.

"Da'ie ni kerjanya agak busy, dan sangat perlukan orang yang benar menyusun waktu dan sangat tersusun dalam urusannya. Pengorbanan itu lumrah dalam dunia orang yang berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyah. Dan. Tidak perlukan orang yang leka."

Duhai sahabat.
Jangan mudah penat.
Doa agar hati tsabat.
Agar tak sesal disaat tenat.

Perjalanan ini masih beribu batu jauhnya.















Monday, 2 September 2013

Tak rasa senang duduk . . .

"takut.

tak senang duduk.

susah hati.

macam-macam ada."

"Ok, ini apa cerita sebenarnya ni?",
"Hang tiba-tiba ja ni."

"Takda aku terfikir sejak akhir ni islam semakin ditindas, menjadi-jadi.",

"Oh dan bukan akhir-akhir ni je, dari dulu lagi, dari zaman nabi Muhammad. Nabi-nabi sebelum Muhammad juga."

"Kau takde terfikir?"

"Ada jugak. Sikit."

"Kadang-kadang laa kan, aku terfikir yang 'mereka' bersungguh-sungguh memusuhi islam ni sebab takut, tak senang duduk, susah hati tengok islam tersebar tertegak di atas planet bumi ini.
Anti sangat dengan sistem islam."

"Oooo ok. . ."

"Jap, jom nak tunjuk sikit."
*on laptop, search pakai google*

haa, ini namanya As-syahid Imam Hasan Al-Banna.


 *cari yang lagi jelas*


 "Aku bukan nak cerita panjang mengenai beliau.
Cuma cukup aku nak bercerita sedikit mengenainya. Belaiau seorang tokoh islam yang bangkit selepas kejatuhan kerajaan khalifah. Seorang yang sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah.
Inilah pengasas kepada jemaah Ikhwanul Muslimin, jemaah yang sehingga kini tugasnya hanyalah bekerja dalam misi dakwah dan tarbiyah, di mana-mana sahaja. Matlamat mereka jelas.
Ramai yang mendengar ceramah, khutbah, tazkirah dan seumpamanya sangat terkesan di hati mereka. Kagum. Kagum dengan islam."

"Ohh, jadi orang kafir ini memang anti la kan dengan kerja-kerja dakwah tarbiyah nya kan?"

"Yup, betul. Time tu pemerintah mesir telah mengharamkan gerakan Ikhwan ini. Depa kata gerakan Ikhwan ini cuba menggulingkan kerajaan mesir, tanpa bukti dan alasan tak bape nk boleh pakai.

Ramai 'pekerja-pekerja' ikhwan ditangkap, penjara, diseksa, dibunuh."

*search lagi*

"Pada 12 Feb 1949, Hasan Al-Banna telah dijemput untuk berunding dengan pemerintah mengenai isu konflik gerakan Ikhwan dengan pemerintah. Alasan je ni.

Hasan Al-Banna dengan adik ipar pergi la ke pejabat jam’iyyah al-Syubban al Muslimin pukul 5 petang. Tunggu punya tunggu tak datang-datang wakil dari pemerintah. Nampak permainan dia.

last sekali, malam selepas solat isya. Mereka keluar dari pejabat naik teksi untuk pulang. Sungguh sedikit menghairankan kerana jalan sangat sunyi. Lengang.

Baru sahaja naik teksi, tiba-tiba datang dua orang yang tidak dikenali mengejut ke arah teksi.
Salah seorang melepaskan tembakan pakai pistol berdas-das. Adik iparnya tak boleh bergerak akibat dek tembakan tadi, tapi, Hasan Al-Banna yang dah kena 7 das tembakan bergerak masuk balik ke pejabat then call ambulans.

Sampai di hospital dia dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar, dan sengaja melarang pihak hospital, doktor dan nurse semua dari memberikan rawatan kepada Hasan Al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan Al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir karena kehabisan darah.

Selepas berita kematian Hasan Al-Banna ini, mereka bergelar kuffar ini besorak gembira, bukan main sakan. Yela, mana taknya kalau perkara yang paling depa selalu risau dan takut ini akhirnya 'pergi',

Tak, tak sama sekali. Mereka silap. Gerakan Ikhwan masih berterusan sehingga kini.

Dan sekarang kekhuatiran mereka kembali bertandang selepas Dr Morsi jadi presiden Mesir.

Terus tak duduk senang mereka.

Tamat."

*tutup laptop* 

"Hmmm, memang benci betul la depa ni dengan islam. Haaih."

"Itu pasal la, ita ni kena la kuat, dan praktis islam secara syumul, bukan juz'i juz'i"

"Oh, ok!". Senyum.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)'. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.'' Al-Baqarah :120

"Banyak lagi kisah bukti ketakutan 'mereka' sebenarnya. Nanti la lain masa kita sambung. ok? "

"Oh, ok ok. Baiklah"

Saturday, 31 August 2013

Soulmate ???

Di bawah pondok usang.
Petang yang mendung, suram.
Sama mendungnya dengan wajah Arif.
Raut wajah itu dapat Din duga, cuma menunggu mulut temannya itu yang mulakan bicara.

Mengadu.

Arif Hafiz bin Faudzi dan Izuddin Firdaus bin Hasan. Teman seperjuangan dari tadika, sehinggalah kini mereka bergelar mahasiswa. Cukup kenal, cukup masak dengan perangai masing-masing.

"Din" Arif bersuara perlahan.

Din menoleh tepat ke wajah Arif.

"Aku ada masalah la, masalah dengan mak ayah aku".

"Ceritalah".

"kau betul ke ni?"

Din mengangguk. Senyum.

Sepi.

"Dah banyak masalah aku cerita kat kau Din. Haih, terasa menyusahkan"

"Ah kau. Ini akulah, Din. tak kenal?"

Arif senyum. Betulkan kedudukan.

"Kau ni kan, memang betul-betul soulmate aku lah"

"Hahah"

"Eh jap, soulmate? apa tu?"

"Alah kau ni, orang yang selalu nak dengar semua masalah aku, tolong aku, bagi pendapat, bagi idea".

Din mendongak. Petang semakin berakhir.

"Oh, kalau gitu, tak naklah aku jadi soulmate kau." respon Din selamba.

"buang masa aku." tambahnya. Bernada serius.

Arif terdiam.

Tak tersangka barangkali. Kata-kata yang keluar dari kenalan 16 tahun lamanya.

"Hehe, takdelah aku gurau je weh."

"Dah agak" Arif bermuka separa bajet.

"Tapi betul la, aku serius ni"

Muka bajet terus hilang.

"Kau nak tau sebab apa?"

Arif mengangkat kening.

"Sebab aku nak jadi kau punya Sahabat lah." Senyum.

"Oh, ada beza ke?"

"Sahabat ni, dia bukan setakat dengar masalah dan tolong kau. Sahabat ni, orang yang selalu bersama time kau senang atau susah. Dan yang paling penting, sahabat ni, orang yang sentiasa mengajak kita kembali pada Allah bila kita futur. Haa, faham?" Panjang Din menghurai.

Senyum terukir di wajah Arif.

"Oh, ok sahabat!"

"So, macamana dengan cerita kau tadi?" hampir terlupa.

"Haha" Arif juga terlupa.

"Camnilah Arif, hari pun dah nak maghrib, baik kita balik rumah bersiap ke masjid dulu. Nanti lepas solat, lepas baca Quran kita buat sharing moment".

Arif mengangguk setuju.

''Selalu ke masjid, boleh jadi kita tergolong dalam salah satu 7 golongan yang Allah naungi kat padang mahsyar nanti." tambah Din lagi. Sambil senyum yang tidak pernah lekang.

"Hati pemuda yang tertambat pada masjid. Ameen" Arif menambah.

"Kau memang betul-betul sahabat lah"

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah umpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)




"Abaaang ooo abaang, Ummi panggil" Suara si Arif Muta'al dari atas rumah menghentikan lamunannya. Lamunan di teratak pondok usang berhadapan rumahnya.

Bingkas Arif bangun, bergegas ke rumah.

"Aku sangat rindu kau Sahabat!"

Ukhuwwah Islamiyyah fillah :)















Friday, 30 August 2013

yeahh merdeka!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
hidup Malaysia.

laungan keramat tatkala munculnya 31 ogos di tanah malaya. Laungan bernada patriotik. Sarat dengan semangat kebangsaan.

Ada kisah disebalik sejarah.
Cerita tanah malaya yang dijajah.
Kemudian rakyat bersatu bangkit menerjah.
Bangkit menentang mereka si penjajah.
Akhirnya tanah malaya kembali diserah.
Lantas pemimpin terpilih mengemudi arah.
Jalur gemilang kukuh berdiri megah.
Malaysia kembali meraih maruah.

Merdeka.

tapi,
Apa erti merdeka?
Adakah cukup sekadar laungan merdeka dilontar?
Penuh patriotism sambil jalur gemilang dikibar?
Sehingga semangat kenegaraan berkobar-kobar?
Sambil mengenang pejuang yang tidak pernah gentar?
Juga bumi malaysia tidak gegar tiada halilintar?
Negara aman damai rakyar bertebar tanpa debar?
Ukiran senyum lebar seronok saling tersebar?
Puisi sajak syair patriotik memenuhi dada akhbar?
Berkonsepkan merdeka tajuk risalah diedar?
Atau hanya sekadar hari cuti dinanti pelajar?

jalur gemilang

Sungguh,
Aku bangga dengan pencapaian Malaysia, juga aku bangga bergelar rakyatnya.

Namun,

Pada kaca mata aku.
Sehingga kini...
Kita telah berjaya mengusir penjajah, tetapi ideologinya masih bersisa.
Kita merdeka dari jajahan zahirnya, tidak pada batinnya.
Kita rakyat bebas jasadnya, tidak pada hati dan jiwanya.

Masakan tidak,
Jika diluar sana menonjolkan cinta itu dizahirkan dengan couple, jiwang, berpegang tangan dan seumpamanya.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfesyen aneh, dedah itu dan ini.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfenomena nyanyian tarian seperti jabbawockeez, breakdance, shuffle, kpop dan pelbagai lagi.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana bangga dengan artis, puja artis dan galak mencari selebriti.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana sakan dengan hiburan yang lagho malah lalai.
Kita didlam ikut.
Jika diluar penuh dengan agenda 1001 Jahiliyah.
Kita didalam ikut.
Kita tidak jemu mengikut, tidak juga letih mengikut.
kita itu tidak semua, tapi majoriti.

pendeta Za'aba. Erti merdeka adalah,
"Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran,
daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia,
daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka,
daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan,
dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Rabi' bin Amir kepada Rustam panglima Rom. Merdeka adalah,
"Allah mengutuskan kami (orang islam), untuk kami merdekakan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Ayuh menjadi hamba Allah yang berjiwa merdeka.
Macam senang, tapi sukar. Tidak mustahil :)

Semoga terus kita merdeka,
Merdeka jasad minda juga jiwa,
Bersama diatas landasan lurus,
Merdeka dalam jannatul Firdaus.

*sesiapa yang belum berpuasa 6 syawal tu, ayuh cepat. nanti rugi