Handphone dicapai, search nama Izuddin. Butang call terus ditekan.
"Din, kau nak dengar satu cerita tak?"
"Oit, kalau ye pun bagi salam la dulu, Assalamualaikum. Haa cerita apa pulak ni?"
"Eh, hehe. waalaikumusalam. Jap, sebelum aku cerita. Kau ingat tak masa kita sekolah dulu dalam kelas sebelum cikgu masuk, kita sempat baca quran dan kongsi ayat-ayat sebagai tazkirah. Ingat?
"Aaa, yes mestila ingat."
"Haa pastu ni tadi, masa sebelum lecturer masuk kelas, aku saja baca quran then aku share la sikit tafsir ayat yang aku tau kat member sebelah aku ni tadi."
"Oh ok la tu, lepastu? lepastu?"
"Haaiya nanti la aku tak sempat sambung lagi kau da potong. Hmm, member aku tu ok je, dia pun berminat dengan apa yang aku share tadi, tapi..
tapi orang lain tengok macam pelik, macam tak pernah dibuat orang je apa yang aku buat. Ada yang buat muka, bisik-bisik macam aku ni konon alim, poyo la apa."
"Haa, alaa kau buat tak tau je apa yang apa orang nak kata, pedulikan. Orang lain mana boleh tahu niat apa dalam hati, kan?"
"Yup, aku pun sebenarnya tak pedulikan mereka tadi nak cakap apa. Aku teruskan je apa yang aku nak buat. Baca quran kot, seronok"
"Tapi aku terasa macam aku ni lain dari lain pulak, walaupun benda yang aku buat tu sebenarnya bagus. Kau takde rasa macam tu?"
"Sebab kau strangers."
"Strangers? kenapa pulak? Kau ni kalau cakap mesti suka buat aku tenganga tiba-tiba. Huh"
"Eh ok la Arif, aku ada kelas ni, lecturer dah masuk. Nanti kita sambung lagi, ok? assalamualaikum."
"Ohh, ok ok. waalaikumusalam"
Butang untuk matikan panggilan terus ditekan. Masih lagi terpinga-pinga dengan maksud strangers yang Din cakap tadi.
Termenung berseorangan di tepi jalan, sambil melihat manusia-manusia yang semakin sibuk dengan urusan sendiri, tanpa menghiraukan manusia lain disekeliling. Sibuk.
Malam sudah menunjukkan jam 11.30, badan hari ini sangat penat. Mata sudah tidak mampu bertahan lagi. Siang tadi, jadual kelas agak padat. Otak terasa tepu.
Letih. Atomatik terlentang sekujur jasad di atas katil, seolah lumpuh. Pejam. Semua menjadi gelap.
"Tokk Tokk Tokk", bunyi notification pesanan ringkas, mengetuk telinga Arif yang baru sahaja terlelap beberapa saat.
"Mesej dari Din?" Mata cuba dibuka seluas yang mampu.
"Assalamualaikum sahabatku Arif :) macamana dah dapat jumpa ke makna disebalik strangers yang aku cakap tadi? ok, aku tau yang kau tak tau lagi. Aku cuma nak kongsi dengan kau satu hadis.
“Islam itu bermula dengan asing, dan akan kembali dengan asing, maka
beruntunglah mereka yang ghuraba`(yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w:
“Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat
al-Baghawi, sanad sahih)."
hehe, aku rasa kau dah boleh faham apa yang aku nak cakapkan siang tadi kot. Pastu aku ada share satu video syair mengenai ghuraba' tu kat facebook. Tengok jangan tak tengok."
Segera bingkas menuju ke laptop. Laptop yang baru tadinya berhibernasi (hibernate) terus diganggu. Facebook dibuka, scroll. . .
"Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negara mereka dan mengucapkan selamat tinggal,
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main
Dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
Dan tetap mengikut jalan lurus ketika manusia dalam kesesatan tanpa arah,
Dan betapa benarnya sebuah syair yang berkata...
Berkata kepadaku seorang sahabat, "aku melihatmua sebagai orang asing"
"Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman"
Maka aku berkata "sekali-kali tidak! bahkan orang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku"
Inilah orang asing itu...
Asing disisi mereka yang hidup sia-sia diantara manusia, tapi disisi Rabbnya, mereka berada di tempat mulia.
http://www.youtube.com/watch?v=WFJk1dFbYyg
* Klik link untuk tonton video =)
Baik, kini aku faham. Senyum. Mungkin pada pandangan orang lain sahaja kelihatan pelik, tetapi hakikatnya tidak. Semoga Allah redha denganku dan beri kekuatan. Amiin.
Tidur. Semoga esok lebih baik dari semalam.

No comments:
Post a Comment