Friday, 18 October 2013

Sakinah

"Sadaqallahul Azim" Usai membaca surah Al-Kahfi untuk malam jumaat kali ini.

Malam jumaat kali ni menghembus angin yang sejuk, agak lain dari yang biasa. Bilik yang gelap setelah dimatikan lampu, sambil badan menghadap tingkap. Pintu tingkap dibuka seluas-luasnya. Sedang mata memerhati setiap inchi pemandangan. Langit yang sungguh anggun. Bulan mengambang sedang bintang-bintang bertaburan di pemurkaan angkasa. Barangkali ini nikmat ketenangan. Indah.

Setelah sekian lama terasa mati. Hidup seolah tidak punya makna. Walhal keseluruhan keinginanya lengkap, gaya seorang putera raja. Namun masih terasa kosong.

Alhamdulillah.

Kehadiran kau banyak membantu. Sudi menyuluh jalan untuk aku.




"Din" sambil buku Anatomy dibelek-belek kososng.

"Ya?" fokusnya sedikit diganggu.

"Aku rasa macam ada yang tak kena dengan hidup aku sekarang"

"Apa yang jadi?" Din melayan. Kerenah budak ini mana boleh tidak dilayan.

"Aku rasa macam semuanya kurang..tapi, semuanya okey, takde masalah apa apa pun" muka Arif sedikit berkerut.

"Aihh, apa pulak yang jadi dengan kau ni ?" lagi berkerut muka Din.

"Huh, aku tak tau Din, hairan jugak sebenarnya nih."

"Ke kau ada gaduh dengan orang? terbuat salah dengan orang? singgung hati parents kau ke?"

"Eh seingat aku takde pulak"

"Ke kau tak siap assignment? atau ada memang problem pasal study? exam minggu depan."

"Tak jugak"

"Hah, aku tau, mesti pasal duit kan. Nak pinjam duit aku dulu? boleh je."

"Duit baru masuklah Din, aku tak boros okey"

Arif diam cuba untuk berfikir. Sepi. Suasana dalam perpustakaan itu sungguh sunyi. Setiap individu khusyuk dengan alam masing-masing.

"Aku pun tak tau apa perasaan sekarang ni sebenarnya"

"Hmm, mungkin..."

"Sakinah" sepatah Din bertutur. Senyum. Buku Thermodynamics, Cengel Boles ditutup.

"Sakinah? err, siapa pulak tu Din?" Hairan. Tak pernah pulak Din macam ni.
"Perempuan mana pulak ni?" hati Arif kini yang berkata-kata. Kata hati.

"Oit, ape pasal muka macam tu? ni pikir yang bukan-bukan la ni"

"Eh, hehe. Mana ada pikir bukan-bukan"

"Sakinah tu ketenangan" Mudah Din menterjemah.

"Oh"

"Yup, ketenangan ni kan datang dari hati." Din mula berfalsafah.

"Dan, aku rasa, mungkin skarang ni hati kau tak tenang. mungkin kososng."

"Maksud kau Din?"

"Hmm.. kan ada dalam Quran surah Ar-Ra'd"

"... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

"So, aku rasa mungkin sekarang, akhir-akhir ni hati kau kurang mengingati Allah, orang kata makanan rohani tak cukup. Hati lapar"

"Mungkin. Aku ni asyik sibuk dengan hal dunia, dengan musim exam nya lagi. Tak sedar yang aku semakin menjauh dariNya." Pandangan kosong di atas helaian-helaian note subjek Anatomy nya tadi.


"Ampuni dosa-dosa ku ya Allah. Jauhkan aku dari perasaan lemah ini ya Allah. Jauhkan aku dari pekara-pekara yang tak baik. Tenangkan hati ku ni ya Allah" serta merta doa dari hati terungkai. Hati yang setelah diketuk.



"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Ar- Ra'd : 28)












No comments:

Post a Comment