Entah kenapa tiba-tiba rasa sangat down. Seolah dah tersungkur jatuh dan tidak ingin kembali berdiri. Bunyinya berbaur putus asa.
"Aku failed. Haaih." Keluhan dalam hati.
Minggu Salam Mesra, MSM. Program berkenalan dengan student baru yang baru sahaja selesai. Padat dengan tentatif. Program dirancang rapi. Meeting pun hampir setiap hari untuk menjayakannya. Masing-masing fesilitator sungguh bertenaga dan bersemangat.
Tetapi sedikit hambar, respon dari student tidak seperti yang ditargetkan. Lebih-lebih lagi apabila program yang melibatkan keagamaan, mengenai islam.
"Aku selaku ketua operasi yang tidak berpotensi agaknya."
"Kerja-kerja dakwah tarbiyah aku sangat lemah. mungkin jugak."
Petang yang sunyi. Para fesilitator kehabisan tenaga setelah dipinjamkan usaha keringat selama seminggu. Rehat, itu sahaja yang berada di depan mata, dalam benak buat masa sekarang. Pelajar-pelajar baru agak sedikit kecoh, excited menghadapi hidup bergelar mahasiswa mulai esok barangkali. Masing-masing dengan hal sendiri, mengemas bilik dan barang-barang, bersukan, shopping, rehat.
Aku.
Masih terfikir-fikir dengan hasil selama tujuh hari yang kurang buahnya.
Mengelamun. Terasa ingin sahaja berjumpa Din, sahabat yang banyak berkongsi pandangan.
Rindu kau.
"Din"
"Yup Arif, kenapa?"
"Kita punya perancangan nak ajak geng mat rempit kelas kita tu ke surau macam takde harapan nak berjaya je Din." Arif berseloroh meluahkan apa yang terbenak dalam kepalanya.
"Hehe, kenapa pulak Arif kau cakap macam ni?" Sedikit hairan dengan luahan Arif, namun dicuba untuk ketawa agar mampu menenangkan sedikit sahabatnya ini.
"Yela macam-macam kita dah buat, aktiviti jamuan raya di masjid, iftar puasa sunat setiap hari isnin percuma, ceramah agama yang santai, hulurkan bantuan bagi yang perlu, aktiviti-aktiviti trend remaja sekarang. Semua kita dah buat."
"Ala kita cuma tolong je Arif, pihak AJK masjid juga yang berperanan, kenapa kau yang susah hati sangat?"
"Takdela Din. Cuba kau tengok, dah nak genap setahun kita buat, kita duk sibuk tolong in tolong itu, bagi ini bagi itu. Tapi last-last hasilnya kau tengoklah sendiri. Dua orang je yang mampu dari ramai-ramai tu."
"Aku rasa macam banyak lagi masa kita boleh habiskan untuk yang lagi berpotensi."
Din diam. Menunggu temannya itu meluahkan segalanya. Arif kelihatan agak serius kali ini.
"Aku terasa macam lemah semangat la Din."
"Arif, aku tak kata yang bila kita tumpu pada sesuatu, yang lain terus kita jadikan picisan."
"dan..."
"Kau ingat tak kisah Rasulullah yang cuba berdakwah kepada bapa saudara dia, Abu Talib. Namun akhirnya Abu Talib meninggal dalam keadaan tidak mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Ingat?"
Arif mengangguk teringat kembali.
"Dan firman Allah;
Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi. Tetapi Allah jua lah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang layak mendapat hidayah petunjuk itu."
No comments:
Post a Comment