Merdeka!
Merdeka!
hidup Malaysia.
laungan keramat tatkala munculnya 31 ogos di tanah malaya. Laungan bernada patriotik. Sarat dengan semangat kebangsaan.
Ada kisah disebalik sejarah.
Cerita tanah malaya yang dijajah.
Kemudian rakyat bersatu bangkit menerjah.
Bangkit menentang mereka si penjajah.
Akhirnya tanah malaya kembali diserah.
Lantas pemimpin terpilih mengemudi arah.
Jalur gemilang kukuh berdiri megah.
Malaysia kembali meraih maruah.
Merdeka.
tapi,
Apa erti merdeka?
Adakah cukup sekadar laungan merdeka dilontar?
Penuh patriotism sambil jalur gemilang dikibar?
Sehingga semangat kenegaraan berkobar-kobar?
Sambil mengenang pejuang yang tidak pernah gentar?
Juga bumi malaysia tidak gegar tiada halilintar?
Negara aman damai rakyar bertebar tanpa debar?
Ukiran senyum lebar seronok saling tersebar?
Puisi sajak syair patriotik memenuhi dada akhbar?
Berkonsepkan merdeka tajuk risalah diedar?
Atau hanya sekadar hari cuti dinanti pelajar?
![]() |
| jalur gemilang |
Sungguh,
Aku bangga dengan pencapaian Malaysia, juga aku bangga bergelar rakyatnya.
Namun,
Pada kaca mata aku.
Sehingga kini...
Kita telah berjaya mengusir penjajah, tetapi ideologinya masih bersisa.
Kita merdeka dari jajahan zahirnya, tidak pada batinnya.
Kita rakyat bebas jasadnya, tidak pada hati dan jiwanya.
Masakan tidak,
Jika diluar sana menonjolkan cinta itu dizahirkan dengan couple, jiwang, berpegang tangan dan seumpamanya.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfesyen aneh, dedah itu dan ini.
Kita didalam ikut.
Jika diluar sana berfenomena nyanyian tarian seperti jabbawockeez, breakdance, shuffle, kpop dan pelbagai lagi.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana bangga dengan artis, puja artis dan galak mencari selebriti.
Kita didalam ikut.
Mereka diluar sana sakan dengan hiburan yang lagho malah lalai.
Kita didlam ikut.
Jika diluar penuh dengan agenda 1001 Jahiliyah.
Kita didalam ikut.
Kita tidak jemu mengikut, tidak juga letih mengikut.
kita itu tidak semua, tapi majoriti.
pendeta Za'aba. Erti merdeka adalah,
"Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran,
daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia,
daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka,
daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan,
dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”
Rabi' bin Amir kepada Rustam panglima Rom. Merdeka adalah,
"Allah mengutuskan kami (orang islam), untuk kami merdekakan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
Ayuh menjadi hamba Allah yang berjiwa merdeka.
Macam senang, tapi sukar. Tidak mustahil :)
Semoga terus kita merdeka,
Merdeka jasad minda juga jiwa,
Bersama diatas landasan lurus,
Merdeka dalam jannatul Firdaus.
*sesiapa yang belum berpuasa 6 syawal tu, ayuh cepat. nanti rugi

No comments:
Post a Comment