Thursday, 29 August 2013

kecewa yang tak tergambar

Burung-burung beterbangan, berkicau. Pulang ke pangkalan barang kali.
Langit yang kian melabuh tirai. Sang mentari keletihan ingin mengundur diri. Kelihatan angkasa terbit kemerah-merahan senja.
Suasana kecoh. Riuh. enjin bas saling bersahutan. Ada yang mencari tiket, ada juga yang sedang menunggu bas. Ada juga yang terpekik-pekik.

Dalam suasana begitu, aku masih tercegat. Buntu seketika. Bas untuk pulang ke destinasi sudah habis dijual untuk hari ni. Sedangkan aku mesti pulang hari ni. Mesti. Buntu. Dugaan.

Dalam keadaan penuh berharap, tertoleh akan aku kelibat seorang tua. Mundar mandir mencari tiket yang kehabisan. Resah. Melangkah ke pintu bas sambil berharap. Ya. Mengharap simpati untuk menaiki bas, sambil menghulur duit kepada driver empunya bas. 
"Dah tak boleh makcik, bas dah penuh. Dah takde seat da pun. Cuba tengok bas lain", jawab si driver bernada selamba.
Patah seribu.
Terdiam. Kecewa. Hampa. Berbaur aduk emosi.

Aku lihat, reaction wajah yang terbit itu dapat aku scan. Kecewanya juga dapat aku rasa. Kerana, kita senasib.
Begitu kecewa kerana permintaan dan rayuan ditolak. Ditolak tepi oleh manusia.

Sekilas.

Bait bait kata yang keluar dari mulut ustaz penceramah itu kembali terngiang-ngiang. Hanya aku seorang yang dengar. Seolah sedang memakai earphone dan ada yang menekan butang play-nya.

Tercengang.

Akan ada suatu suasana di akhirat, satu golongan yang merayu-rayu.

"Dan sekiranya engkau melihat orang-orang yang berdosa itu, menundukkan kepala mereka di hadapan tuhannya, ( mereka berkata) wahai tuhan kami, kami telah melihat, dan kami mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan kebajikan, sungguh kami orang-orang yang yakin" As-sajadah :12

Ketika itu manusia (yang berdosa) menangis. Merayu sehabisnya. Memohon dikembalikan ke dunia. Dikembalikan walau hanya sedetik. sekejap. Diberi peluang untuk beramal saleh. Beriman. Perasaan yang sangat berharap.

Berharap.

Tapi Allah tetap dengan apa yang dijanjikanNya.

"Maka kalian rasakanlah dengan sebab kalian lupakan perjumpaan dengan hari ini, sesungguhnya kami pun melupakan kalian dan rasakanlah seksa abadi atas apa yang kalian kerjakan" As-sajadah :14

Kecewa. Bukan lagi patah seribu, tapi berkecai segala-galanya.

sungguh aku tidak dapat bayangkan suasana itu, dasyat. Rayuan ditolak untuk penetuan syurga atau neraka. 
Syurga atau neraka!
Kecewa yang tidak bisa digambar.
Na'uzubillahi min zalik, ya Allah.
Ampunkan dosa-dosa kami ya Rahman.
T.T

Butang stop ditekan. Suara tadi terhenti. Kembali aku dengan suasana riuh kecoh beserta dengusan enjin bas tadi.
Hari semakin malap. Kehabisan caj matahari.

Tercari aku kelibat si tua tadi.
Sudah tidak kelihatan.
Rayuannya sudah diterima, mungkin. 
Dapat menuju ke destinasi dengan hati gembira dan syukur. 
Alhamdulillah :D

Eh...!
tapi aku. Masih tercegat. Membatu. 
Aaaih =.=


No comments:

Post a Comment